CELIK IT NURUL HIDAYAH BINTI SHA'IDIN

  Nama :  Nurul Hidayah binti Sha'din
  Umur :  12 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Nurul Hidayah menjadi ahli Pusat Internet Komuniti PPR Sri Bidor pada tahun 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,simpan data,pembentangan dan membuat kad serta poster.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan serta membuat kad dan poster. Beliau juga mula mengetahui cara menggunakan browser untuk mencari maklumat.


 USAHAWAN HANIZA RAMLI

  Nama :  Haniza bt Ramli
  Umur :  40 tahun
  Ahli :  2020

Latar Belakang

Puan Haniza merupakan usahawan sepenuh masa memberi perkhidmatan surprise delivery dan servis makeup.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk  beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Kini, semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli dengan lebih teratur.


CELIK IT MOHD FITRI BIN SAZALI

  Nama :  Mohd Fitri bin Sazali
  Umur :  14 tahun
  Ahli :  2019

Latar Belakang

Mohd Fitri menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada tahun 2019. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,dan menyimpan data,pembentangan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data, membuat pembentangan.


 USAHAWAN SURAYA HANUM JAHAUDIN

  Nama :  Suraya Hanum Jahaudin
  Umur :  29 tahun
  Ahli :  2020

Latar Belakang

Puan Suraya merupakan ibu tunggal yang menjual pakaian di shopee dan fb live.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk dan perkhidmatan beliau menggunakan Shopee, Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan semua pengguna Dashboard Komuniti mengetahui produk yang beliau jual iaitu pakaian. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.


 USAHAWAN MUHAMMAD KAMARUL ARIF RAMLI

  Nama :  Muhammad Kamarul Arif bin Ramli
  Umur :  21 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Encik Kamarul merupakan pelajar sepenuh masa di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Beliau merupakan pelajar yang menjual pakaian seperti t-shirt.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIM beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk, menangkap gambar serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan serta merekod data seperti maklumat pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook dan Dashboard Komuniti. Ini menyebabkan pengguna Dashboard Komuniti mula mengetahui produk yang beliau jual iaitut-shirt. Beliau kini tahu cara yang sesuai untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih mudah dan teratur.