CELIK IT MUHAMMAD MIKAIL BIN ZULKIFLI

  Nama :  Muhammad Mikail Bin Zulkifli
  Umur :  6 tahun
  Ahli :  2022

Latar Belakang

Muhammad Mikail menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2022. Beliau menyertai lawatan sambil belajar yang di anjurkan oleh Tabika Kemas D.O.R. Semasa lawatan dijalankan beliau dapat mempelajari mengenai komponen-komponen ICT dan diberi pendedahkan cara penggunaan ICT dengan betul. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mahir dalam menggunakan komponen-komponen ICT dengan baik seperti penggunaan mouse atau tetikus. Beliau juga tidak tahu mengenai saluran internet yang selamat untuk digunakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah tahu penggunaan asas menggunakan komponen-konponen ICT seperti mouse atau tetikus. Beliau juga kini mengetahui untuk menggunakan saluran internet yang selamat. Beliau juga dapat mempelajari beberapa kuiz pembelajaran atas talian dengan lebih baik.


USAHAWAN HALIM BIN SABANAH

  Nama :  Halim Bin Sabanah
  Umur :  62 tahun
  Ahli :  2021

Latar Belakang

Encik Halim menjalankan jualan produk makanan iaitu kuih tradisional masyarakat India sebagai penambah pendapatan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PIK beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk dan perkhidmatan,menangkap serta edit gambar produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir memasarkan produk dan perkhidmatan beliau menggunakan Facebook. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jualan dengan lebih teratur.

 


CELIK IT PUTERI NATASYA ARHAM 

  Nama :  Puteri Natasya Arham 
  Umur :  19 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Puteri Natasya menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,simpan data,pembentangan dan membuat kad serta poster.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat,menyimpan data dan membuat pembentangan serta. Beliau juga mula mengetahui cara menggunakan browser untuk mencari maklumat dan menjalani kelas atas talian


CELIK IT MOHAMAD HARITS BIN NOROL HAKIM

  Nama :  Mohamad Harits Bin Norol Hakim 
  Umur :  14 tahun
  Ahli :  2017

Latar Belakang

Mohamad Harits menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Sri Bidor pada tahun 2015. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menaip kerja sekolah,pembentangan dan membuat kad dan poster.Beliau juga tidak tahu cara menggunakan browser seperti google untuk mencari maklumat

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip kerja sekolah dan membuat pembentangan serta membuat poster yang mudah melalui Microsoft Powerpoint. Beliau juga mula mengetahui cara menggunakan browser untuk mencari maklumat dan menjalani kelas atas talian.


CELIK IT NUR ALYAA NATASYA BT JAMALUDIN

  Nama :  Nur Alyaa Natasya Binti Jamaludin 
  Umur :  16 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Nur Alyaa Natasya menjadi ahli Pusat Internet Komuniti PPR Sri Bidor pada tahun 2016. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan aplikasi Zoom atau Google Meet untuk pdpr.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan aplikasi Zoom tanpa bantuan ibubapa nya sibuk berkerja.