USAHAWAN ESHAH BINTI AHMAD
Nama | : Eshah Binti Ahmad |
Umur | : 44 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar Belakang
Eshah Binti Ahmad merupakan suri rumah yang mempunyai tiga orang anak. Ketika menetap di Shah Alam lebih kurang 20 tahun yang lalu, beliau banyak mengikuti kelas membuat kek,pencuci mulut dan kuih tradisional. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang ada beliau menjana pendapatan dengan menjual aneka kek,pencuci mulut, kuih tradisional, lemang periuk kera dan sambal ikan bilis.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas fotografi dan cara mempromosi produk di media sosial dengan betul. Beliau hanya mendapat tempahan daripada rakan-rakan terdekat sahaja. Oleh itu, pendapatan beliau lebih kurang RM300.00 sebulan sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini telah memiliki 'facebook page' sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau kini dari seluruh negeri disebabkan produk jualan beliau yang dipromosikan melalui 'facebook page' tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini bertambah.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=70#sigFreeIdc4a2518f91
CELIK IT BATRISYIA ANNUR BINTI ADHAM ISKANDAR
Nama | : Batrisyia Annur Binti Adham Iskandar |
Umur | : 11 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar Belakang
Batrisyia Annur Binti Adham Iskandar berumur 10 tahun semasa mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor iaitu pada 19 November 2015. Beliau menjadi ahli PI PPR Sri Bidor ketika Program PI dan Komuniti yang diadakan di Padang Kg. Dato Kamaruddin. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, beliau tidak mahu melepaskan peluang yang baik ini dan terus membuat keputusan menjadi ahli untuk belajar ICT.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara penggunaan Microsoft Excel, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, kini beliau mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual kelas, membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan mencetak bahan yang perlu dari komputer
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=70#sigFreeId1c40ea6abe
USAHAWAN NOR AISHAH BINTI KUSHAIRI
Nama | : Nor Aishah Binti Kushairi |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar Belakang
Nor Aishah Binti Kushairi merupakan peniaga bahulu warisan. Nor Aishah adalah antara orang terawal menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor sejak dibuka. Nor Aishah juga merupakan ahli jawatan kuasa komuniti bagi Pusat Internet PPR Sri Bidor.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara yang berkesan mempromosikan produk. Beliau mengalami masalah pesaing perniagaannnya kerana meletakkan harga lebih murah. Beliau juga tidak tahu cara mengambil gambar produk dengan lebih menarik.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir mempromosikan produknya secara atas talian mengikut masa yang bersesuaian. Selain itu, bahulu yang diusahakannya boleh didapati dalam pelbagai perisa antaranya strawberi, coklat dan pandan setelah mempelajari resepi melalui atas talian. Beliau juga mengetahui cara menarik mengambil gambar-gambar produknya.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=70#sigFreeId8db12a9877
USAHAWAN ZUPAZLIANA BINTI MOHD ALI
Nama | : Zupazliana Binti Mohd Ali |
Umur | : 31 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Zupazliana Binti Mohd Ali berumur 31 tahun dan anak jati perak. Beliau menjalankan perniagaan kek dan minyak wangi De Xandra.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara mempromosikan produk dengan berkesan dan bagi pendapat beliau sukar mempromosikan produknya kerana terlalu ramai yang menjual produk yang sama.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir mempromosikan produk beliau mengikut masa yang sesuai di atas talian. Beliau juga mempelajari cara menarik mengambil dan melakukan editing gambar produk.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=70#sigFreeId4bbaf67680