USAHAWAN NISA HAIFA BINTI ARJUNDI
Nama | : Nisa Haifa Binti Arjundi |
Umur | : 19 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Nisa Haifa Binti Arjundi merupakan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang Beliau merupakan usahawan separuh masa yang belajar sambil berniaga menjual kayu pallet. Perniagaan ini juga merupakan perniagaan keluarga beliau.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir memasarkan produk beliau menggunakan Facebook. Beliau juga ada mempromosikan produknya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau kini tahu cara yang untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli dengan lebih teratur.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=55#sigFreeId6c50378286
CELIK IT MOHAMAD ADAM BIN ATAN
Nama | : Mohamad Adam Bin Atan |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Mohamad Adam berumur 11 tahun ketika mula menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor dan tinggal di rumah pangsa bidor. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan 'editing' video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual persekolahan serta membuat jadual dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Beliau juga mahir menggunakan Microsoft Powerpoint bagi memudahkan urusan tugasan sekolah serta teknik editing video melalui Movie Maker dan mengetahui cara untuk mencetak bahan dari komputer.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=55#sigFreeId1ececee503
USAHAWAN ROSLAN BIN MD SAAD
Nama | : Roslan Bin MD Saad |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Roslan Bin Md Saad berusia 43 tahun dan merupakan ayah kepada dua orang anak. Beliau bekerja sebagai Operator Kilang. Beliau menjual minyak wangi sebagai menambah pendapatan sampingan beliau.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI beliau tidak berapa mahir menangkap gambar dan menyuruh anaknya menangkap gambar dengan cantik sebelum mempromosikan barangannya. Beliau hanya mempromosikan barangan jual beliau di facebook sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas keushawanan yang dibimbing petugas PI, beliau kini telah mempromosikan produknya di aplikasi Dashboard Komuniti. Beliau belajar menangkap gambar secara menarik dan bersesuaian dan mempelajari cara membuat pemasaran online yang lebih menarik melalui Facebook. Beliau juga mempelajari Microsoft Word dan Microsoft Excel.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=55#sigFreeIdeb1637612a
USAHAWAN ZURIATI BINTI JAMHARI
Nama | : Zuriati Binti Jamhari |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Zuriati Binti Jamhari berusia 34 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa.Beliau menjahit bekas pensil dan sarung bantal untuk dijadikan pendapatan sampingan. Pada asalnya beliau hanya menjahit untuk keluarga beliau dan lama- kelamaan timbul minat untuk memulakan perniagaan berdasarkan barangan jahitan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI beliau tidak tahu cara yang bersesuaian mempromosikan produk beliau dan cara merekod hasil jualan beliau. Beliau tidak tahu cara yang betul merekodkan data-data jualan beliau.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet PPR Sri Bidor beliau kini telah mahir menggunakan Facebook dan Instagram untuk mempromosikan barangan jahitan beliau.Beliau juga telah mempromosikan produknya di Dashboard Komuniti dan semua pengguna Dashboard dapat melihat produknya. Beliau juga tahu cara yang betul merekodkan data jualan beliau.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=55#sigFreeId14da9df4a7
CELIK IT MUHAMMAD SHAHMIL BIN SHAHLALHUDDIN
Nama | : Muhammad Shahmil Bin Shahlalhuddin |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Muhammad Shahmil berumur 14 tahun dan tinggal di rumah pangsa sri bidor. Beliau menjadi ahli Pusat Internet PPR Sri Bidor pada 19 Mei 2017. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk belajar ICT secara percuma.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan Microsoft Word untuk membuat kerja-kerja seperti jadual kelas, tidak tahu cara menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan juga tidak tahu cara yang betul untuk mencetak sesuatu bahan dari komputer.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual kelas, membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint, melakukan editing video menggunakan Movie Maker dan mencetak bahan yang perlu dari komputer
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=55#sigFreeId187c48f837