Tarikh :   27 Oktober 2024
Masa :   09:00AM - 02:00PM 
Peserta :   27 orang
Lokasi :   NADI Besout 3


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai NADI X E-Sukan bagi Pusingan Saringan Dalaman NADI.

 

Aktiviti :

Seramai 26 orang peserta yang terdiri dari 5 kumpulan bertanding serta seorang Marshall telah menyertai Pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) untuk peringkat pusingan saringan dalaman NADI. Pusingan pertama dimulakan dengan liga kalah mati bagi pasukan A dan B, pasukan C dan D sahaja dan pasukan E yang terpilih akan terus ke peringkat seterusnya. Pusingan kedua diteruskan dengan perlawanan pasukan A, pasukan D dan pasukan E sebelum ke perlawanan separuh akhir. Dan perlawanan akhir telah berpihak ke pasukan A yang diberi nama Lucitid dan akan mewakili NADI Besout 3 manakala tempat ke-2 pula akan mewakili NADI Bidor yang diberi nama Sigma Boy untuk peringkat MLBB seterusnya.  

Gambar Disini 

 


Tarikh :   26 Oktober 2024
Masa :   09:00AM - 05:00PM 
Peserta :   101 orang
Lokasi :   Kolej Felcra Bandar Baru Sebarang Jaya,
    Kampung Gajah Perak


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Latihan Keusahawanan (Business 101) dan Program Perkhidmatan Pintar NADI.

 

Aktiviti :

Seramai 101 orang peserta yang terdiri dari pelajar Kolej Felcra dan usahawan NADI telah menyertai Latihan NADI X Keusahawanan (Business 101) dan Program Perkhidmatan Pintar NADI dengan kerjasama Innovative Alliance serta MTDC. Latihan keusahawanan ini dimulakan dengan latihan dari MTDC iaitu mengenai Asas perniagaan (Perancangan perniagaan), Asas kewangan, Asas pemasaran & Pemasaran digital serta operasi perniagaan. Seterusnya sesi diteruskan kepada Program Perkhidmatan Pintar NADI dengan perkenalkan perkhidmatan pintar NADI seperti perkenalan NADI, NADI Keusahawanan dan NADI Safe. Selain itu, juga ada kaunter saringan kesihatan dan pembukaan akaun oleh pihak Hong Leong Bank.

Gambar Disini

 


Tarikh :   08 September 2024
Masa :   3:30PM - 4:00 PM 
Peserta :   5 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendidikan S.T.EM.

 

Aktiviti :

Peserta bermain permainan S.T.E.M di laman web ABCya!. Mereka bermain permainan Monster Challenge yang memerlukan anak raksasa merah berjumpa dengan ayah raksasa merah dan mengelak halangan yang diberikan . Permainan ini bertujuan melatih peserta berfikir dan menguji kemahiran penggunaan tetikus.

Gambar Disini 


Tarikh :   22 Oktober 2024
Masa :   10:00AM - 11:00 AM 
Peserta :   6 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai MAHIR.

 

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat MAHIR NADI2U WEBINAR. Peserta belajar mengenai MAHIR dan apa kelas-kelas yang berkaitan MAHIR yang dapat dipelajari. Peserta yang hadir boleh mendaftar kelas MAHIR yang diminati selepas mendengar taklimat tersebut.

Gambar Disini 


Tarikh :   08 September 2024
Masa :   3:00PM - 3:30 PM 
Peserta :   4 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendidikan S.T.EM.

 

Aktiviti :

Peserta bermain permainan S.T.E.M di laman web ABCya!. Mereka bermain permainan Bridge Hopper yang memerlukan arnab melompat ke tempat yang ada lobak, mengelak lubang dan perlu memerhatikan kiraan langkah arnab. Permainan ini bertujuan melatih peserta berfikir dan menguji kemahiran penggunaan tetikus.

Gambar Disini