Tarikh | : 05 Julai 2024 |
Masa | : 3:00PM - 4:00 PM |
Peserta | : 8 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tetikus atau mouse.
Aktiviti :
Peserta bermain permainan "Baby Chick Maze" di laman web ABCya!. Permainan ini bertujuan membantu melatih peserta mahir dalam menggunakan tetikus. Peserta harus menggerakan anak ayam menggunakan tetikus untuk sampai ke tempat ibu ayam dan terdapat beberapa level di dalam permainan ini.
Tarikh | : 27 Jun 2024 |
Masa | : 02:00PM - 03:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Tips Pengurusan Kewangan.
Aktiviti :
Peserta dapat belajar mengenai tips pengurusan kewangan yang betul sebagai usahawan kecil. Peserta juga dapat belajar tips membuat belanjawan kewangan di dalam Microsoft Excel, membuat data serta mengetahui cara untuk merekod kewangan dengan betul.
Tarikh | : 22 Jun 2024 |
Masa | : 11:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Klik Dengan Bijak.
Aktiviti :
Peserta bermain permainan word search bertemakan Klik dengan Bijak. Peserta diberikan penerangan mengenai Klik dengan Bijak sambil mencari perkataan berkaitan Klik dengan Bijak. Kemudian,peserta menjawab kuiz mengenai Check Your Label di laman web Wordwall.
Tarikh | : 26 Jun 2024 |
Masa | : 02:00PM - 03:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Tips Penulisan Resume.
Aktiviti :
Peserta dapat belajar mengenai tips dalam penulisan resume yang betul dan menarik. Peserta kemudiannya menulis resume sendiri di Microsoft Word berdasarkan tips yang telah diberikan. Antara tipsnya ialah memahami format resume, menggunakan font penulisan yang betul dan mengetahui beberapa info penting yang perlu disenaraikan dalam resume.
Tarikh | : 22 Jun 2024 |
Masa | : 10:00AM - 11:00 AM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Photopea.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki membuat poster bersempena Hari Raya Haji melalui Photopea sambil belajar cara editing poster dan gambar menggunakan Photopea. Photopea merupakan online photo editor ala-ala Adobe Photoshop.Peserta belajar cara memasukkan imej, jenis template, font, blending option dan cara menyimpan poster atau imej yang sudah siap.