Tarikh :   21 Julai 2024
Masa :   11:30AM - 12:00 PM 
Peserta :   3 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan papan kekunci komputer.

 

Aktiviti :

Peserta belajar asas penggunaan papan kekunci komputer. Peserta belajar menaip menggunakan papan kekunci komputer dan peserta juga dilatih menaip melalui laman web TypingGames.Zone.

Gambar Disini 


Tarikh :   21 Julai 2024
Masa :   10:30AM - 11:30 AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft Word.

 

Aktiviti :

Peserta belajar asas penggunaan Microsoft Word. Peserta belajar cara membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Word. Peserta pelajari mengenai font, page, imej dan cara menyimpan kerja kursus yang telah siap.

Gambar Disini 


Tarikh :   06 Julai 2024
Masa :   3:00PM - 4:00 PM 
Peserta :   4 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat poster.

 

Aktiviti :

Peserta belajar cara mencari imej latar belakang untuk poster Awal Muharram dengan betul menggunakan "browser" dan cara menyimpan imej yang dikehendaki. Peserta juga belajar membuat poster yang asas menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta belajar cara memasukkan imej dan wordArt di Microsoft PowerPoint. Kemudian,peserta belajar membuat "animated image" menggunakan GIFMaker.me. Poster Awal Muharram yang telah siap dimuat naik ke GIFMaker.me untuk membuat "animated image". Peserta mempelajari mengenai cara upload imej, create "gif animation" dan simpan "animated image" menggunakan GIFMaker.me.

Gambar Disini 


Tarikh :   20 Julai 2024
Masa :   9:00AM - 1:00 PM 
Peserta :   20 orang
Lokasi :   Dewan Serbaguna Kg. Kijang


Tujuan :

Program Jalinan Insan Wahana Apsirasi (JIWA) Komuniti Madani (Sepakat) Chenderiang Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang 2024 sempena Istiadat Pertabalan YDPA.

 

Aktiviti :

Komuniti Madani Chenderiang mengikut Program Jalinan Insan Wahana Apsirasi (JIWA) yang dijalankan oleh Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang bersempena Istiadat Pertabalan YDPA. Aktiviti yang terdapat dialam program ini ialah taklimat NADI, ucapan alu-aluan oleh Puan Suriani binti Ghazali, Pegawai penerangan Daerah , Kuiz Kenegaraan, Pertandingan mewarna kemerdekaan,Tayangan Istiadat Pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, penyampaian cenderahati, penyampaian hadiah pertandingan mewarna kemerdekaan, ramah mesra YB bersama penduduk kampung dan jamuan makan.

Gambar Disini 


Tarikh :   05 Julai 2024
Masa :   3:00PM - 4:00 PM 
Peserta :   8 orang
Lokasi :   NADI PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendidikan S.T.E.M.

 

Aktiviti :

Peserta diberikan pendedahan mengenai pendidikan S.T.E.M melalui permainan Clear It Addition. Permainan ini melatih peserta melakukan operasi tambah sehingga nombor 20 dan daya pemikiran peserta. Peserta akan bermain tiga level untuk membuat ayat penambahan yang sama dengan target nombor yang diberikan. Apabila selesai ketiga-tiga level,peserta diberi peluang untuk mencabar markah tertinggi mereka melalui mengulangi semula level permainan.

Gambar Disini