Antara kawasan menarik yang terdapat di Bidor ialah Gepai Falls dan ia juga dikenali sebagai Lubuk Degong oleh penduduk tempatan. Gepai Falls ini terletak 6.2 km dari pekan Bidor dan 8.6 km dari Pusat Internet PPR Sri Bidor dan ia mengambil masa perjalanan selama 16 minit.
Gepai Falls dikelilingi dengan alam semulajadi seperti tumbuhan hijau dan mempunyai air yang sangat jernih serta bersih. Kawasan ini sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti mandi manda, berkelah, memancing dan fotografi. Namun, Gepai Falls tidak banyak diketahui oleh pihak umum kerana lokasinya agak terpencil dan ia sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan selalunya dipenuhi pada musim cuti umum mahupun cuti sekolah.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIdf3e46b0e96