Tarikh :   24 September 2023
Masa :   12:00PM - 1:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai papan kekunci atau keyboard.

Aktiviti :

Peserta dikenalkan dengan papan kekunci komputer atau dikenali dengan nama keyboard. Peserta bermain permainan menyusun keys huruf,nombor dan simbol yang terdapat pada papan kekunci. Kemudian,peserta bermain menaip huruf pada papan kekunci mengikut huruf yang dipaparkan pada screen komputer. Kedua-dua permainan ini,peserta bermain di laman web ABCya!.

Gambar Disini


Tarikh :   23 September 2023
Masa :   11:30AM - 12:30PM 
Peserta :   3 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai S.T.E.M.

Aktiviti :

Peserta belajar mengenai pecahan. Peserta bermain permainan pendidikan pecahan ini untuk lebih mengenali mengenai S.T.E.M.. Peserta bermain permainan pecahan ini di laman web ABCya!. Permainan pecahan ini bermain seperti bingo. Peserta harus menyamakan nombor pecahan yang diberikan dengan nombor pecahan yang terpapar di papan. Peserta boleh mendapat bingo sama ada dari melintang,menegak atau menyenget.

Gambar Disini


Tarikh :   20 September 2023
Masa :   10:30AM - 12:00PM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai "smart farming".

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai "smart farming" iaitu teknologi yang digunakan dalam berkebun dan berladang. Peserta belajar bahawa petani baru seharusnya menetapkan tujuan dan sasaran mereka. Petani baru juga seharusnya mengenal pasti sumber kewangan dan pilih teknologi bersesuaian dengan tanaman masing-masing. 

Gambar Disini


Tarikh :   10 & 24 September 2023
Masa :   09:30AM - 10:30AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai mata pelajaran Sains Darjah 4 & 5.

Aktiviti :

Peserta dapat belajar mengenai mata pelajaran Sains bagi Darjah 4 & 5. Peserta dapat merujuk contoh soalan kertas Sains Darjah 4 & 5 sebagai rujukan dalam mendapatkan jawapan yang betul. Peserta juga dapat mempelajari dengan modul pembelajaran yang lain iaitu penggunaan contoh video dan gambar berkaitan Sains. Peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta peka dalam menjawab contoh soalan yang diberi.

Gambar Disini

 


Tarikh :   19 September 2023
Masa :   10:30AM - 1:00PM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan perniagaan.

Aktiviti :

Peserta mendengar taklimat mengenai pengurusan kewangan perniagaan.Peserta belajar mengenai penyata aliran tunai,penyata pendapatan,kaedah membuat penyata aliran tunai dan lain-lain.

Gambar Disini