Tarikh | : 19 Ogos 2023 |
Masa | : 10:00AM - 11:00AM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas permainan catur.
Aktiviti :
Peserta belajar cara bermain catur. Peserta bermain catur di atas talian. Permainan catur dapat meningkatkan kemahiran STEM. Peserta dapat mengasah kemahiran berfikir dan mengira melalui permainan catur.
Tarikh | : 17 Ogos 2023 |
Masa | : 10:00AM - 11:00AM |
Peserta | : 20 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai serangan seksual dalam siber.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai serangan seksual siber dalam senyap. Sentuhan, kata-kata lucah, perbuatan, gambar atau sebarang gurauan seksual sama ada secara lisan, fizikal atau multimedia adalah di antara senario yang boleh berlaku di ruang persendirian dan di tempat awam. Ini juga boleh berlaku dalam kalangan pelajar, staf dan komuniti. Apabila serangan seksual berlaku, ini akan memberi gangguan emosi, psikologi, tahap keyakinan rendah, imej diri, kecelaruan pemakanan dan tingkahlaku yang boleh membahayakan diri mangsa serangan seksual. Peserta belajar mengenai proses pengantunan oleh pemangsa, panduan SMART, sexting dan lain-lain.
Tarikh | : 15 Ogos 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika berniaga dan pemakaian baju yang bersesuaian.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai etika berniaga dan pemakaian baju yang bersesuaian ketika bekerja. Peserta belajar mengenai pemilihan baju seperti kemeja, jenis kemeja,tali leher,corak baju,jam dan lain-lain.
Tarikh | : 16 Ogos 2023 |
Masa | : 10:30AM - 12:00PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran temuduga.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai kemahiran temuduga. Peserta diberitahu perlu menyediakan dokumen tertentu dan membuat kajian mengenai syarikat yang ditemuduga dan cara temuduga melalui panggilan telefon. Peserta belajar mengenai cara menjawab soalan perkenalkan diri, petua menjawab soalan mengenai kelemahan diri sendiri,cara menangani gemuruh dan lain-lain lagi petua dan teknik mengenai temuduga.
Tarikh | : 12 Ogos 2023 |
Masa | : 03:00PM - 04:00PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft Power Point: Lirik Lagu Merdeka
Aktiviti :
Peserta dapat belajar asas penggunaan Microsoft Power Point dalam mereka slide untuK Lirik Lagu Merdeka. Peserta belajar mengenai cara memasukkan imej, design, layout, animation dan beberapa jenis imej. Peserta membuat poster sempena Hari Kemerdekaan dengan lirik lagu merdeka dalam Microsoft Power Point.