Tarikh | : 17 Ogos 2023 |
Masa | : 10:00AM - 11:00AM |
Peserta | : 20 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai serangan seksual dalam siber.
Aktiviti :
Peserta mendengar taklimat mengenai serangan seksual siber dalam senyap. Sentuhan, kata-kata lucah, perbuatan, gambar atau sebarang gurauan seksual sama ada secara lisan, fizikal atau multimedia adalah di antara senario yang boleh berlaku di ruang persendirian dan di tempat awam. Ini juga boleh berlaku dalam kalangan pelajar, staf dan komuniti. Apabila serangan seksual berlaku, ini akan memberi gangguan emosi, psikologi, tahap keyakinan rendah, imej diri, kecelaruan pemakanan dan tingkahlaku yang boleh membahayakan diri mangsa serangan seksual. Peserta belajar mengenai proses pengantunan oleh pemangsa, panduan SMART, sexting dan lain-lain.