Tarikh :   15 September 2023
Masa :   9:00AM - 11:30AM 
Peserta :   19 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.

Aktiviti :

Peserta iaitu kanak-kanak kepada Tabika Kemas Taman Sri Bidor mengadakan lawatan sambil belajar di PEDi PPR Sri Bidor. Peserta belajar mengenai komponen komputer yang asas melalui penerangan petugas dan melalui bermain permainan mencari peralatan komputer yang tersembunyi di laman web ABCya!.Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak supaya peserta menggunakan laman web yang bersesuaian dan selamat dengan usia mereka dan harus dibawah pengawasan ibu bapa dan penjaga peserta. Peserta belajar mengenai "touch screen" apabila mereka menyentuh Monitor LCD untuk bermain beberapa jenis permainan pendidikan seperti mencari komponen komputer yang tersembunyi,jigsaw Puzzle yang bertemakan Hari Malaysia di laman web Jigsaw Puzzle dan surih huruf atau nombor di laman web ABCya!. Kemudian,peserta bermain beberapa permainan pendidikan di laman web ABCya! untuk melatih penggunaan tetikus atau mouse. Peserta juga mewarna bendera Malaysia menggunakan platform atas talian iaitu Super Coloring.

Gambar Disini