Tarikh :   30 Oktober 2023
Masa :   8:30AM - 12:30AM 
Peserta :   2 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendaftaran perniagaan.

Aktiviti :

Peserta belajar cara-cara mendaftar perniagaan secara atas talian.Peserta belajar mengenai kepentingan mendapat maklumat dan cara mendapatkan maklumat syarikat atau perniagaan.Peserta mengetahui apa yang ditawarkan oleh SSM dan perkara lain yang perlu usahawan ambil tahu.

Gambar Disini


Tarikh :   28 Oktober 2023
Masa :   9:00AM - 10:00AM 
Peserta :   1 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai resume.

Aktiviti :

Peserta belajar membuat resume menggunakan Microsoft Word. Peserta belajar mengenai jenis-jenis template resume,font,kedudukan yang sesuai untuk menulis maklumat diri,apa yang patut dinyatakan  dan yang tidak patut dinyatakan di resume. Peserta juga belajar mengenai cara menghilangkan latar belakang imej dan menjadikan latar belakang imej kepada lutsinar serta belajar mengenai Whatsap web.

Gambar Disini


Tarikh :   21 Oktober 2023
Masa :   3:00PM - 4:00PM 
Peserta :   10 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai peralatan komputer dan teknologi.

Aktiviti :

Peserta belajar mengenai peralatan komputer dan teknologi sambil menjawab kuiz ICT. Peserta menjawab kuiz ICT di laman web Quizizz. Soalan yang diberikan di laman web Quizizz adalah sama tapi susunan soalan adalah berbeza bagi setiap peserta.

Gambar Disini


Tarikh :   27 Oktober 2023
Masa :   9:00AM - 11:30AM 
Peserta :   22 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.

Aktiviti :

Peserta iaitu kanak-kanak kepada Tabika Kemas Kampung Dato' Kamaruddin mengadakan lawatan sambil belajar di PEDi PPR Sri Bidor. Peserta belajar mengenai komponen komputer yang asas melalui penerangan petugas dan melalui bermain permainan mencari peralatan komputer yang tersembunyi di laman web ABCya!.Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak supaya peserta menggunakan laman web yang bersesuaian dan selamat dengan usia mereka dan harus dibawah pengawasan ibu bapa dan penjaga peserta. Peserta belajar mengenai "touch screen" apabila mereka menyentuh Monitor LCD untuk bermain beberapa jenis permainan pendidikan seperti mencari komponen komputer yang tersembunyi,surih huruf atau nombor dan mewarna di laman web ABCya!. Peserta juga belajar menggunakan papan kekunci atau keyboard melalui permainan di laman web ABCya! seperti keyboarding zoo,stack cup abc dan lain.Kemudian,peserta bermain beberapa permainan pendidikan di laman web ABCya! untuk melatih penggunaan tetikus atau mouse seperti mewarna,menyusun kunci-kunci papan kekunci dan lain-lain.

Gambar Disini


Tarikh :   21 Oktober 2023
Masa :   10:00AM - 11:00AM 
Peserta :   4 orang
Lokasi :   PEDi PPR Sri Bidor


Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai komponen komputer.

Aktiviti :

Peserta belajar mengenai komponen dan peralatan komputer. Peserta belajar nama dan fungsi komponen komputer di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peserta belajar komponen komputer melalui laman web ABCya!

Gambar Disini