Tarikh | : 27 Oktober 2023 |
Masa | : 9:00AM - 11:30AM |
Peserta | : 22 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.
Aktiviti :
Peserta iaitu kanak-kanak kepada Tabika Kemas Kampung Dato' Kamaruddin mengadakan lawatan sambil belajar di PEDi PPR Sri Bidor. Peserta belajar mengenai komponen komputer yang asas melalui penerangan petugas dan melalui bermain permainan mencari peralatan komputer yang tersembunyi di laman web ABCya!.Peserta juga diberikan taklimat Klik dengan Bijak supaya peserta menggunakan laman web yang bersesuaian dan selamat dengan usia mereka dan harus dibawah pengawasan ibu bapa dan penjaga peserta. Peserta belajar mengenai "touch screen" apabila mereka menyentuh Monitor LCD untuk bermain beberapa jenis permainan pendidikan seperti mencari komponen komputer yang tersembunyi,surih huruf atau nombor dan mewarna di laman web ABCya!. Peserta juga belajar menggunakan papan kekunci atau keyboard melalui permainan di laman web ABCya! seperti keyboarding zoo,stack cup abc dan lain.Kemudian,peserta bermain beberapa permainan pendidikan di laman web ABCya! untuk melatih penggunaan tetikus atau mouse seperti mewarna,menyusun kunci-kunci papan kekunci dan lain-lain.