Tarikh | : 06 Januari 2024 |
Masa | : 2:30PM - 3:30PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft Excel.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai asas penggunaan Microsoft Excel. Peserta membuat jadual mingguan bulan Januari 2024 menggunakan Microsoft Excel. Peserta belajar mengenai cara membuat table, font, borders, alignment dan lain-lain lagi. Disamping itu, peserta juga dapat melatih diri menggunakan papan kekunci dengan menaip jadual mingguan mereka di Microsoft Excel.
Tarikh | : 23 Disember 2023 |
Masa | : 4:00PM - 5:00PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft PowerPoint.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai asas penggunaan Microsoft PowerPoint. Peserta membuat kad ucapan Hari Krismas. Peserta belajar cara mencari imej di browser Google dan cara menyimpan imej yang dikehendaki di komputer. Peserta belajar mengenai cara memasukkan imej,"WordArt" dan juga "Animation" yang terdapat di Microsoft PowerPoint.
Tarikh | : 17 Disember 2023 |
Masa | : 2:30PM - 4:00PM |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ICT.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai komponen ICT yang asas. Peserta belajar mengenai nama dan fungsi komponen ICT. Peserta bermain permainan mencari komponen dan menjawab fungsi ICT di laman web ABCYa!. Peserta juga bermaian permainan word search dan menamakan komponen ICT di laman web yang sama. Selain itu,peserta menjawab kuiz ICT di laman web Quizizz.
Tarikh | : 23 Disember 2023 |
Masa | : 3:00PM - 4:00PM |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai asas penggunaan Microsoft Word. Peserta menaip biodata diri sebagai latihan menaip dan belajar cara penggunaan Microsoft Word. Peserta belajar mengenai "font","heading", "insert shapes","page colors","page border", menu "draw" untuk membuat tandatangan sendiri dan lain-lain lagi.
Tarikh | : 16 Disember 2023 |
Masa | : 3:00PM - 4:00PM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai matematik.
Aktiviti :
Peserta belajar menjawab soalan matematik SPM melalui Youtube. Peserta juga mencari tips menjawab soalan SPM melalui bimbingan guru di atas talian menggunakan video Youtube.