Tarikh | : 18 Februari 2024 |
Masa | : 3:30PM - 4:30PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan peserta mengenai Microsoft PowerPoint.
Aktiviti :
Peserta membuat kad ucapan animasi menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta mencari gambar latar belakang untuk kad ucapan dengan bertemakan Tahun Baharu Cina menggunakan browser. Peserta belajar cara mencari gambar dengan tepat dan cara menyimpan gambar yang dikehendaki. Peserta belajar cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga mempelajari mengenai WordArt,font, animation pane dan lain-lain menu yang terdapat di Microsoft PowerPoint.
Tarikh | : 18 Februari 2024 |
Masa | : 2:30PM - 3:30PM |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Melatih peserta dalam penggunaan tetikus.
Aktiviti :
Peserta mewarna gambar bertemakan Tahun Baharu Cina di dalam laman web HelloKids. Peserta mewarna gambar naga bersempena kepercayaan kaum Cina yang merupakan tahun ini ialah tahun naga. Peserta mewarna menggunakan tetikus untuk memilih warna dan jenis peralatan mewarna.
Tarikh | : 09 Februari 2024 |
Masa | : 3:00PM - 4:00PM |
Peserta | : 3 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Israk Mikraj.
Aktiviti :
Peserta mendengar cerita-cerita mengenai Israk Mikraj melalui Youtube. Selepas mendengar cerita mengenai Iskrak Mikraj,peserta menjawab kuiz mengenai Iskrak Mikraj. Peserta menjawab kuiz di laman web Wordwall.
Tarikh | : 16 Februari 2024 |
Masa | : 3:00PM - 4:00PM |
Peserta | : 4 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai "critical thinking" dalam pendidikan S.T.E.M.
Aktiviti :
Peserta bermain permainan berdasarkan pendidikan S.T.E.M..Peserta bermain permainan mengenai "Hefty Shaman". Peserta harus mencapai objektif dan menyelesaikan masalah "Hefty Shaman" yang dinyatakan di dalam permainan itu. Permainan ini dapat melatih kemahiran berfikiran peserta dalam menyelesaikan masalah. Mereka bermain permainan ini di laman web Engineering.com.
Tarikh | : 04 Februari 2024 |
Masa | : 11:00AM - 12:00PM |
Peserta | : 9 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Sains.
Aktiviti :
Peserta menjawab kuiz Sains yang asas. Peserta menjawab kuiz Sains di laman web Quizizz.Di samping itu,peserta dapat memperoleh pengetahuan am Sains seperti cara pernafasan manusia dan hidupan liar,fungsi anggota tubuh badan dan lain-lain lagi.