USAHAWAN TOH HUI SZE
Nama | : Toh Hui Sze |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Toh Hui Sze merupakan suri rumah yang menjalankan perniagaan membuat alas kaki menggunakan jahitan tangan. Beliau berusia 40 tahun dan berasal dari Johor Bahru dan telah lama menetap di Bidor, Perak. Beliau menjalankan perniagaan ini kerana minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan menghasilkan alas kaki menggunakan kain yang berkualiti dan warna yang menarik.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft Excel untuk membuat akaun perniagaannya. Selain itu, beliau kurang mahir mengambil gambar produk yang menarik.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keushawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet PPR Sri Bidor, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Excel untuk membuat akaun perniagaannya. Produk beliau juga telah dipromosikan di Dashboard PI. Tambahan pula, gambar produknya lebih menarik kerana beliau belajar teknik cara pengambilan gambar dengan menarik.
http://pprsribidor.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/888-kisah-kejayaan-q3-2016-usahawan-ii#sigFreeIdb4c252e361