Tarikh | : 8 Januari 2023 |
Masa | : 10:30AM - 11:00 AM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Google browser.
Aktiviti :
Peserta belajar cara penggunaan Google browser. Peserta belajar cara mencari maklumat dan imej yang dikehendaki di Google browser. Peserta juga belajar cara menyimpan imej yang dikehendaki di komputer.
Tarikh | : 2 Januari 2023 |
Masa | : 12:30PM - 2:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Microsoft Powerpoint.
Aktiviti :
Peserta belajar cara membuat pembentangan kerja kurus menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta belajar mengenai design,cara memasukkan gambar di Microsoft Powerpoint,transition dan menu yang lain yang terdapat di Microsoft Powerpoint. Peserta juga belajar cara mencari maklumat yang betul di Google untuk kerja kursus beliau.
Tarikh | : 15 Disember 2022 |
Masa | : 10:30AM - 11:30AM |
Peserta | : 2 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembelajaran bahasa atas talian.
Aktiviti :
Peserta mengikuti pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Melayu atas talian. Peserta dapat membelajari Bahasa Melayu atas talian dengan menjawab dan mencuba pelbagai jenis kuiz dan soalan yang disediakan. Peserta juga dapat belajar Bahasa Melayu dengan baik dan pantas di dalam talian.
Tarikh | : 6 Disember 2022 |
Masa | : 9:00AM - 11:00 AM |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan saluran internet dengan betul.
Aktiviti :
Peserta yang merupakan kanak-kanak tadika dari Tadika Kemas D.O.R yang membuat lawatan sambil belajar telah diberikan pendedahan tentang penggunaan saluran internet dengan betul seperti saluran internet Youtube Kids yang selamat digunakan. Peserta juga dapat mengetahui cara untuk memilih saluran internet dengan betul khususnya melalui bantuan Ibu Bapa/Penjaga. Peserta juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan saluran internet yang tidak selamat dan jika berlaku, dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan dari orang dewasa atau Ibu Bapa.
Tarikh | : 6 Disember 2022 |
Masa | : 9:00AM - 11:00 AM |
Peserta | : 17 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan ICT.
Aktiviti :
Peserta yang merupakan kanak-kanak tadika diajarkan mengenai ICT. Peserta belajar mengenai komponen-komponen ICT dan cara penggunaan ICT dengan betul. Peserta belajar asas penggunaan mouse atau tetikus melalui laman web ABCya!.