Tarikh | : 17 Februari 2023 |
Masa | : 4:30PM - 5:30 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai perniagaan Shopee.
Aktiviti :
Peserta diberikan pendedahan mengenai asas perniagaan atas talian melalui Shopee. Peserta belajar cara membuat akaun perniagaan di Shopee. Peserta juga belajar cara meletak produk yang ingin dijual di Shopee, menghias kedai Shopee, promosi di Shopee,membuat iklan di Shopee dan lain-lain.
Tarikh | : 16 Februari 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Excel.
Aktiviti :
Peserta belajar mengenai penggunaan asas dalam Microsoft Excel. Peserta dapat belajar cara untuk membuat pengiraan secara auto dan mudah, cara memasukkan data dan membesarkan column dan row dalam Microsoft Excel.
Tarikh | : 17 Januari 2023 |
Masa | : 11:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 7 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai Klik dengan Bijak(KDB).
Aktiviti :
Peserta melihat majlis pelancaran ulang tahun Klik dengan Bijak (KDB) yang ke-10 di platform siaran langsung Facebook. Klik dengan Bijak(KDB) memberi kesedaran kepada orang awam mengenai betapa pentingnya penggunaan internet yang betul di laman media sosial. Peserta melihat video dan aktiviti yang pernah dijalankan di bawah taklimat Klik dengan Bijak(KDB). Peserta juga mendengar ucapan daripada Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia iaitu Yang Berhormat Fahmi Fadzil semasa majlis pelancaran tersebut.
Tarikh | : 07 Februari 2023 |
Masa | : 10:00AM - 1:00 PM & 2:00PM - 4:00 PM |
Peserta | : 8 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai KWSP/EPF.
Aktiviti :
Pengguna diberi taklimat mengenai KWSP. Program Outreach KWSP membolehkan pengguna mendaftar i-Akaun yang membolehkan pengguna untuk akses akaun di mana-mana sahaja secara atas talian,menjadikan akaun secara shariah, caruman sukarela,i-Saraan, Kasih Suri, i-Lindung(insurance) dan lain-lain lagi perkhidmatan KWSP.
Tarikh | : 10 Januari 2023 |
Masa | : 11:00AM - 1:00 PM |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai resume.
Aktiviti :
Peserta belajar cara membuat resume menggunakan Microsoft Word. Peserta belajar mengenai format resume,cara memasukkan gambar ke dalam word dan lain-lain. Peserta juga belajar cara membuat resume secara atas talian.