Tarikh | : 8 Disember 2019 |
Masa | : 2:30pm hingga 4:30pm |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : Pusat Internet PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai Klik dengan Bijak.
Aktiviti :
Peserta diberikan taklimat mengenai Klik dengan Bijak. Peserta mendengar penerangan serta melihat video mengenai Cyber Bullying, Online Grooming, Maklumat Palsu dan Oversharing. Selepas mendengar taklimat peserta bermain game word search mengenai Klik dengan Bijak di laman web The Word Search. Peserta juga menjawab kuiz Klik dengan Bijak di laman web Quizizz.
Tarikh | : 7 Disember 2019 |
Masa | : 2:30pm hingga 4:00pm |
Peserta | : 5 orang |
Lokasi | : Pusat Internet PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai Bahasa Melayu.
Aktiviti :
Peserta bermain permainan perkataan. Permainan perkataan ini dikenali sebagai membentuk kata,atur sinonim dan menangga kata. Peserta dikehendaki mengatur huruf agar membentuk perkataan yang sama maksudnya dengan panduan atau klu yang diberi untuk permainan membentuk kata dan atur sinonim. Selain itu, peserta mengisi petak kosong dengan huruf yang dikehendaki agar membentuk perkataan berdasarkan gambar dan huruf awal yang diberikan. Peserta mencari jawapan dan klu di browser google chrome.
Tarikh | : 10 November 2019 |
Masa | : 8:30am hingga 1:00pm |
Peserta | : 181 orang |
Lokasi | : Pusat Internet PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Beramah mesra dengan komuniti setempat sambil memberi pendedahan mengenai Dashboard Komuniti dan mempromosikan Pusat Internet PPR Sri Bidor.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan ialah taklimat serta pameran agensi,ceramah klik dengna bijak.bengkel ict,kuiz ict online,sukaneka,runningman challenge,musical chair,pertandingan mewarna,chef cilik,masterchef of kerabu dan taklimat dashboard komuniti serta download dan log in aplikasi dashboard komuniti.Agensi yang terlibat ialah KOSPEN, AADK, Klinik Kesihatan Bidor, KWSP, Takaful dan Angkatan Pertahan Awam Malaysia.Ceramah klik dengan bijak ialah mengenai maklumat palsu.Bengkel ict ialah memperkenalkan asas peralatan komputer serta kegunaannya.
Tarikh | : 19 November 2019 |
Masa | : 10:00am hingga 12:00pm |
Peserta | : 1 orang |
Lokasi | : Pusat Internet PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta mempelajari cara insert table di Microsoft Word. Peserta juga belajar cara menaip surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Word. Selain itu,peserta belajar menggunakan browser google untuk mencari mengenai alamat berserta poskod dan belajar cara menyimpan kerja ke dalam pendrive.
Tarikh | : 6 November 2019 |
Masa | : 2:00pm hingga 6:00pm |
Peserta | : 10 orang |
Lokasi | : Pusat Internet PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan mengenai My Komuniti.
Aktiviti :
Peserta dikehendaki mengarang artikel mengenai Kepentingan Internet Kepada Masyarakat. Peserta mencari maklumat artikel di internet. Artikel mesti dikarang dalam Bahasa Melayu mengandungi 100 sehingga 300 patah perkataan. Hasil karya peserta mesti ditaip di Microsoft Word untuk mengetahui bilangan perkataan artikel. Kemudian,peserta copy dan paste ke dalam My Komuniti di laman web Dashboard Komuniti serta tekan butang submit.