Tarikh | : 18 Ogos 2024 |
Masa | : 10:00AM - 12:00 PM |
Peserta | : 6 orang |
Lokasi | : NADI PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Hari Kemerdekaan.
Aktiviti :
Peserta menyertai aktiviti Program Hari Kemerdekaan 2024 yang diadakan di NADI PPR Sri Bidor. Aktiviti dimulai dengan peserta menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia. Kemudian, peserta menyusun kepingan puzzle yang bertemakan Hari Kemerdekaan di laman web Jigsaw Planet dan pada masa yang sama melatih kemahiran penggunaan tetikus. Peserta juga menyertai pertandingan mewarna atas talian. Peserta berlatih mewarna bendera Malaysia di laman web Photopea sebelum menyertai pertandingan mewarna poster Kemerdekaan. Peserta belajar mengenai gradient warna dan penggunaan bucket tool di Photopea. Peserta juga belajar cara memasukkan imej ke dalam Photopea. Selesai aktiviti mewarna atas talian, peserta mendengar taklimat dan menonton video mengenai Klik dengan Bijak (KDB). Peserta belajar mengenai apa itu Klik dengan Bijak, portal SEBENARNYA.MY, maklumat palsu dan lain. Peserta juga menjawab kuiz Klik dengan Bijak di laman web Quizizz.