Tarikh | : 25 Julai 2023 |
Masa | : 11:30AM - 01:00 PM |
Peserta | : 100 orang |
Lokasi | : PEDi PPR Sri Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Klik Dengan Bijak: Jenayah Seksual Dalam Talian.
Aktiviti :
Merupakan anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Batang Padang bagi pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak Peringkat Daerah Batang Padang. Peserta antaranya adalah pelajar sekolah menengah dan terdapat 16 buah sekolah menengah yang telah menyertai kempen ini. Pihak MCMC telah mewakili pihak PEDi bagi memberi ceramah mengenai KDB: Jenayah Seksual Dalam Talian pada slot yang disediakan. Penceramah MCMC yang hadir memberi ceramah ialah En Mahamad Fisol Abdul Rahman iaitu Penolong Pengarah MCMC Perak.
Peserta dapat menonton beberapa video dan mendapat maklumat untuk mencegah jenayah seksual ini dalam talian jika berlaku. Peserta menyertai sesi soal jawab dengan penceramah untuk memahami lagi mengenai isu ini.